Seperti yang ku pernah sebut sebelum ni, kita dah berada di penghujung tahun 2017. Jadi sebenarnya ni adalah masa paling baik untuk kita review atau tengok balik apa yang kita dah capai pada tahun ini berdasarkan yang kita aim dan impikan.
Tinggal beberapa hari je lagi tahun 2017 akan tinggalkan kita dan bermulanya tahun baru yang penuh dengan cabaran. Okeh, selain daripada review semula apa yang kita dah capai, ni juga masa terbaik untuk kita listkan impian kita untuk tahun depan. Yang penting bukan hanya kita listkan saje tapi kita usaha untuk capai.
Vision Board
Sejak akak terlibat dengan bisnes Shaklee ni sebenarnya banyak sangat akak belajar ilmu-ilmu baru. Malahan akak rasa beruntung sebab orang-orang dalam Shaklee ni semuanya positif-positif semuanya. Bersyukur sangat sebab ditemukan dengan group yang betul, yang tak lokek ilmu.
Salah satu yang akak nak buat penghujung tahun 2017 ni ialah Vision Board 2018. Apa dia Vision Board? Vision ialah apa yang kita nak capai, apa yang kita impikan kita letakkan atas satu kertas atau papan atau buku atau apa-apa sahaja yang kita boleh tengok selalu dan remind diri kita pasal impian kita tu. Ni adalah contoh vision board yang ku dapat daripada ihsan pak cik Google.
Ilmu yang akak dapat daripada seorang Masters dalam Shaklee ni ialah otak kita ni dia tak boleh tafsir dengan jelas kalau tak de gambar atau tulisan depan mata yang kita boleh tengok. Jadi adalah penting untuk kita cari gambar apa yang kita nak capai tu dan letakkan atas sekeping kertas atau dalam buku yang kita boleh tengok selalu. Yang paling penting, jangan letak impian sahaja tapi kita mesti berusaha untuk dapatkan atau capai impian kita tu. Ni pulak contoh vision board yang diletakkan pada papan atau dinding untuk senang kita lihat dan naikkan motivasi dalam diri kita. Juga ihsan daripada pak cik Google.
Letakkan juga bila kita nak capai setiap impian kita tu. Jadinya bila setiap kali kita tengok vision board tu, otak kita secara automatik akan terprogram sama untuk meletakkan impian kita tu menjadi keutamaan dalam setiap yang kita lakukan hari-hari. Sebabnya bila berimpian, mestilah kita nak capai. Betul tak?
Jadi apa tunggu lagi. Jom buat Vision Board untuk tahun 2018. Listkan apa yang kita mahu dalam hidup, buat vision board, usaha untuk capai dan jangan lupa berdoa kepada yang Maha Memberi. Sebab tiadalah daya upaya kita sebagai manusia melainkan dengan izin Allah sahaja. Sekiranya Allah izinkan tiada yang mustahil. Mustahil tu terjadi sebab kita yang selalu menidakkan diri kita sendiri.
Okeh? Percaya kepada diri sendiri salah satu faktor untuk kita capai kejayaan dan impian kita. Bye!
Salam sayang.
chekgu vitamin





No comments:
Post a Comment