Siapa saya?

Assalamu'alaikum...

Hye, especially kepada yang baru baca blog ni. Biasanya orang-orang yang kenal ku panggil az. Oleh sebab daripada kecil lagi memang cita-cita ku nak jadi cikgu kan, maka ku namakan blog ni sebagai Chekgu Vitamin. Bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kuantan. Memang masin mulut la sebab duk rajin sebut sangat cita-cita nak jadi cikgu setiap kali orang tanya. Hambik kau. Haha

Bagaimana boleh terjebak dengan Shaklee?

Memang ku suka sangat mengajar dan jadi cikgu ni. Tapi dalam ni banyak ku nak cerita pasal macam mana ku boleh terjebak dengan Shaklee ni. Kalau orang lain kebanyakannya terjebak sebab set menyusu, ku tak sama dengan diorang.

Ku memang susah nak percaya pada supplement ni dulu-dulu. Tapi sejak jumpa dengan Shaklee ni terus berubah pendirianku. Tapi ambik masa jugak laa. Bila dah guna, dah jatuh hati ku mula buat keputusan untuk menjadi pengedar Shaklee. Ku nak berkongsi dengan orang lain kebaikan Shaklee ni.

Satu lagi ku memang suka berbisnes. Tapi setakat ni Shaklee ni lah yang paling menawan hati ku rasa Hihi. Nak tau sebab kena terjebak dulu baru tau.

Peribadi

Secara peribadi, suami ku bekerja sebagai seorang perwira negara. Seorang yang sangat-sangat memahami. Seorang yang akan menyokong apa sahaja yang ku buat. Ku sangat-sangat bertuah sebab memiliki dia sebagai suami.


Ku punya dua orang permata hati setakat ni. Abang Iman dan Insyirah. Diorang ni memang harta ku dunia akhirat yang tiada galang ganti. Juga merupakan salah  satu PUSH FACTOR untuk aku terlibat dengan bisnes ni. Bagi ku keluarga adalah segala-galanya. Kawan yang paling boleh kita percaya ialah suami dan anak-anak je pada masa depan. Enjoy reading my blog ok! Bye. Mmmuah.

Lots of Love,
chekgu_vitamin

No comments:

Post a Comment