Assalamu'alaikum. Hye all!
Sedar tak sedar penghujung Disember dah kita. Dah nak habis tahun 2017 dah. Umur pun makin bertambah. ye dak? Haha
Dah bersiap sedia ke nak hadap tahun baru yang pastinya penuh mencabar kan. Hidup ni kalau berada pada takuk yang sama je tak best lah. Kena ada perubahan baru seronok dan pastikan perubahan tu ke arah yang lebih baik.
Nak berubah ke arah yang lebih baik mestilah sentiasa kena ada motivasi atau push factor omputeh kata. Haa gitew. Kalau ku salah satu push factor nya adalah keluarga la terutamanya anak-anak. Mak-mak sangat kan. Hahaha
Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Tahun depan in shaa Allah anak bujang mama nak sekolah dah. Baru masuk tadika je pun. Tu pun dah rasa macam dah besar anak mama ni. Kalau dah masuk sekolah rendah atau sekolah menengah mama kena sedar diri lah umur mama makin meningkat.
Nampak tak bodyguard kecik kat depan mama tu. Orang nak bergambar, dia pun sibuk nak bergambar jugak. Lepas tu siap buat gaya tangan macam bodyguard. Haha. Tapi memang bodyguard pun, pergi mana-mana mesti dia nak ikut. Kalau boleh ikut mama pergi kerja, pun nak ikut jugak agaknya.
Untuk anak mama, Abang Iman be a good boy ok! Mama tau anak mama mampu untuk berdikari. Jadi anak yang baik dan tak timbulkan masalah di sekolah. Mama sentiasa doa supaya Abang Iman dikelilingi orang-orang yang berhati mulia. Amin.
Love,
mama_taiko a.k.a chekgu vitamin

No comments:
Post a Comment